IMA Abacus Mental Arithmetic, Kids Learning, Children Learning, IMA Academic, Sensory, Programmes, Foundation, Education, Creative Thinking, IMA, Abacus, Mental Arithmetic, Centre, Franchise, Learning Centre, Children Learning Centre, Enrichment Centre, Mental Arithmetic Learning Malaysia, Abacus Learning Malaysia IMA Abacus Mental Arithmetic, Kids Learning, Children Learning, IMA Academic, Sensory, Programmes, Foundation, Education, Creative Thinking, IMA, Abacus, Mental Arithmetic, Centre, Franchise, Learning Centre, Children Learning Centre, Enrichment Centre, Mental Arithmetic Learning Malaysia, Abacus Learning Malaysia
Pengenalan Syarikat Sejarah Syarikat IMA Akademik Staf IMA Militon IMA Testimoni IMA Tanggungjawab IMA Penyempurnaan IMA Anugerah & Pengiktirafan IMA
Tutup  X

Akademik Staf IMA

 

Sebagai sebuah institusi pendidikan professional, Pusat Perkembangan Minda & Mental Arikmetik, dengan mempunyai kumpulan pendidikan yang kuat dan professional merupakan salah satu kaedah terbaik untuk memastikan matlamat dapat dicapai. Bagi memastikan kualaiti pengajaran berada pada tahap terbaik, kesemua tenaga pengajar IMA telah menjalani latihan professional. Selain itu, kelayakkan tenaga pengajar serta kaedah pengajaran yang digunakan juga perlu disahkan oleh ibu pejabat IMA.

Kami bukan sahaja menumpukan kepada penekanan kemampuan murid untuk menghitung dengan menggunakan abakus sebaliknya kami juga melatih serta mengembangkan otak bahagian kanan mereka. Tujuan utama adalah untuk mencapai kedua-dua objektif yang dinyatakan pada awalnya pada masa yang sama. Oleh sebab itu, teknik pengajaran semua tenaga pengajar IMA dikawal ketat untuk membolehkan para murid mendapat bimbingan yang terbaik daripada tenaga pengajar IMA di samping belajar dalam situasi yang santai serta menyeronokkan.

Oleh kerana, program IMA ini dibahagikan kepada banyak peringkat, Ia menjadi satu kewajipan untuk semua tenaga pengajar IMA mengikuti kursus latihan di ibu pejabat IMA secara berkala untuk memastikan mereka mampu menguasai serta memahami kaedah pengajaran yang terbaik. Selain itu, sijil turut akan diberi kepada tenaga pengajar yang telah tamat mengikuti kursus latihan yang diadakan.

 

Latihan Staf

Kumpulan Pendidikan IMA menyediakan kursus latihan professional secara berterusan kepada tenaga pengajar. Objektif kursus ini adalah untuk membantu mereka membuat persiapan yang rapi sebelum memulakan tugas mengajar.

Kursus ini terdiri daripada teknik pengajaran program IMA, latihan pengurusan, latihan teknikal, promosi, persembahan serta latihan staf. Melalui semua kaedah-kaedah ini, ia berupaya untuk memanfaatkan mereka yang kurang berpengalaman berpengetahuan, berkemahiran dalam program mental arikmetik dan abakus.

Setelah permohonan dan persetujuan dicapai untuk menjadi seorang tenaga pengajar, satu program latihan insentif yang dirangka akan diberikan kepada pengajar. Sepnajang masa latihan berlangsung, semua maklumat yang secara umumnya mempunyai kaitan dengan pemasaran bisnes, sistem pengurusan akan dilatih dan dibincang.

 

Peluang Kerjaya

Dengan sikap yang betul, segala kemungkinan akan berlaku di Pusat Perkembangan Abakus dan Mental Arikmetik. IMA melakukan banyak pelaburan dalam latihan serta menawarkan pelbagai program untuk semua tenaga pengajar kami. Matlamat utama adalah untuk sentiasa menjaga dan juga memberikan penghargaan yang setimpal.

Oleh sebab itu, sebahagian jawatan pengurusan tinggi dalam syarikat adalah diisi oleh individu yang telah dinaikkan pangkat dalam syarikat. Pada masa ini, IMA mempunyai lebih kurang 300 projek francais.

IMA meluaskan perniagaan ke negara-negara luar di benua Asia, Eropah dan Timur Tengah. Hal ini bermaksud, masih terdapat peluang kerjaya yang luas untuk individu yang berminat dalam bidang pengajaran ini.

Keluarga IMA datang daripada latar belakang yang berbeza. Semua kakitangan IMA mempunyai pengalaman yang luas serta pernah berkhidmat dalam bidang pengajaran. Selain itu mereka juga berkongsi semangat, nilai serta teknik untuk mambantu para murid demi mencapai pencapaian terbaik mereka dalam situasi yang mencabar ini.